Fat to Fit UM

 

  website

Log Masuk

  • Register

Fat To Fit UM

PENGENALAN

 

Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya (UMCares) ingin mengadakan Program Komuniti untuk Staf Universiti Malaya . Program dimana staf yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan tahap kesihatan yang kurang memuaskan dapat menurunkan berat badan dan akhirnya mencapai tahap kesihatan yang baik dengan membuat aktiviti senaman yang betul di bawah pemantauan jurulatih yang bertauliah dan berpergelaman . Para peserta juga akan diajar dan didedahkan dengan pemakanan yang sihat. Program akan dijalankan dalam tempoh 3 bulan.

Program ini terbuka kepada staf Universiti Malaya yang berminat. Bakal peserta  terlebih dahulu ditemuduga oleh panel-panel yang dilantik bagi mendapatkan peserta yang benar-benar layak dan memerlukan. Program ini akan diadakan di Arena Pusat Sukan dan kawasan kampus yang bersesuaian. Sebelum para peserta menjalani aktiviti mereka akan akan menjalani pemeriksaan kesihatan di PPUM dan membuat Body Scan di ISB Fakulti Sains untuk mendapatkan rekod kesihatan yang awal. Sebelum program berakhir mereka sekali lagi akan membuat pemeriksaan kesihatan dan Body Scan di tempat yang sama bagi mendapatkan perbezaan sebelum dan selepas menjalani program.

Antara aktiviti program seperti Larian dan kecergasan 3 kali seminggu , Seminar Pemakanan , Ceramah Motivasi dan Kaunseling, Lawatan yang berkaitan. UMCares akan berkerjasama dengan Pusat Sukan, Klinik Sukan PPUM dan Jabatan ISB Fakulti Sains.

OBJEKTIF

 

Jangka Masa Panjang

  • Memberi kefahaman yang jelas kepada peserta tentang cara menjaga kesihatan yang baik dan berterusan
  • Para peserta berkebolehan untuk memberi tunjuk ajar bagaimana cara-cara yang betul bagi menurunkan berat badan kepada rakan sekerja dan keluarga mereka
  • Memberi tahap kesihatan yang lebih baik kepada para peserta

Jangka Masa Pendek

  • Membantu menurukan berat badan para peserta dengan aktiviti kecergasan
  • Penglibatan warga Universiti Malaya dalam Program Komuniti UMCares

untuk keterangan lanjut boleh hubungi En Ahmad Shaharudin.

10426770 792171057527104 8119471998917909534 n

10430423 10204340228859297 6398314867041441305 n

Hubungi Kami

Alamat: Aras 6, Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya, Jalan Pantai Baru, 50603, Kuala Lumpur 
Phone # : +603-79677357/7358/7360/2429
Fax #: +603-79677949
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. / Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.