NBOS

 

  website

Log Masuk

  • Register

NBOS

Apakah NBOS
Visi Sebuah Negara Berpendapatan Tinggi dan Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat
Malaysia kian menghampiri matlamat menjadi negara maju seiring dengan wawasan 2020. Aspirasi negara bukan sahaja untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi malah menjadi sebuah negara maju yang rakyatnya hidup sejahtera dan dapat menikmati kemakmuran ekonomi hasil pembangunan negara. Untuk mencapai aspirasi ini, kerajaan menggunakan prinsip strategi lautan biru kebangsaan (national blue ocean strategy) atau nbos. nbos menekankan kepada prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan dalam program-program pembangunan negara.
Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS)
NBOS merupakan asas kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia, atau Malaysian National Development Strategy (MyNDS) yang juga merupakan teras kepada Rancangan Malaysia Ke-11 (2016 hingga 2020). MyNDS menumpukan kepada pelaksanaan projek berimpak tinggi secara pantas dengan penekanan kepada capital economy dan ekonomi rakyat pada kos yang rendah kepada kerajaan. Capital economy menekankan kepada pertumbuhan KDNK, perniagaan besar, projek berpelaburan fizikal dan pasaran kewangan, manakala ekonomi rakyat menekankan kepada kesejahteraan rakyat, di antaranya pekerjaan, perniagaan kecil, kos sara hidup, kesejahteraan keluarga, dan penyertaan sosial.
Di bawah MyNDS, pembentukan strategi didorong oleh kreativiti dan inovasi, dan pelaksanaan strategi mematuhi prinsip fair process. Dengan mengubah sempadan konvensional yang wujud dalam organisasi awam dan swasta, kerajaan berupaya meningkatkan potensi dan menggandakan sumber negara. Kos dapat dikurangkan dengan jalinan kerjasama di antara kementerian dan agensi kerajaan serta mengagihkan semula secara kreatif sumber yang tidak digunakan dengan optimum. Ini membolehkan kerajaan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi dan sejahtera.
 
National Blue Ocean Strategy: Pencapaian Pendapatan Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat.
Sidang Kemuncak NBOS merupakan platform strategi yang unik dan dinamik yang melibatkan semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, serta sektor swasta secara sukarela untuk membangunkan dan memantau inisiatif yang berimpak tinggi, berkos rendah, boleh dilaksanakan dengan pantas dan mampan. Sidang Kemuncak NBOS, dilancarkan pada tahun 2009, memastikan jalinan kerjasama di antara kementerian dan agensi kerajaan, dipacu oleh idea kreatif dan mengiktiraf sumbangan organisasi. Sehingga kini, lebih 70 inisiatif NBOS telah berjaya dilaksanakan untuk menangani pelbagai isu ekonomi dan sosial. Inisiatif NBOS yang telah dilaksanakan sejak 2009 membolehkan kerajaan Malaysia mencapai aspirasi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dan sejahtera.



Hubungi Kami

Alamat: Aras 6, Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya, Jalan Pantai Baru, 50603, Kuala Lumpur 
Phone # : +603-79677357/7358/7360/2429
Fax #: +603-79677949
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. / Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.