UM Community Fair

 

  website

Log Masuk

  • Register

UM Community Fair

UM COMMUNITY FAIR (MARKET UCTC)

Market UCTC merupakan pasar jualan yang menghimpunkan produk-produk universiti, komuniti dan barangan NBOS MyBestBuy. Selain itu, penganjuran Market UCTC ini adalah bertujuan untuk menangani peningkatan kos sara hidup dengan menawarkan produk tanaman dan ternakan yang segar pada harga berpatutan di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Market UCTC telah dilancarkan pada 9 Mei 2015 (Sabtu) bertempat di Kompleks Perdana Siswa Universiti oleh Dr Abdul Wahab Che Mat, Setiausaha projek khas. Sehubungan itu, Universiti Malaya telah bekerjasama dengan FAMA, MyAgrosis dan juga UMEC yang di uruskan oleh UMCares untuk menganjurkan Market UCTC di UM demi memberi manfaat kepada komuniti setempat. Market UCTC ini juga bersesuaian dengan matlamat penubuhan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) iaitu untuk mempelbagai aktiviti di kampus yang boleh disertai oleh komuniti setempat.


jika mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin menyertai market UCTC boleh hubungi Muhammad Asyraf Mansor


Barangan yang di jual oleh agensi kerajaan (FAMA,NEKMAT & NAFAS)

  1. Barangan runcit
  2. Barangan mentah seperti ayam, ikan dan lain-lain
  3. Barangan sejuk beku.
  4. Makanan yang telah di masak.

PERINGATAN!!

  • Warga Universiti digalakkan membawa bekas makanan sendiri semasa membeli.
  • UM Community Fair ini akan di adakan pada setiap HARI RABU MINGGU KEEMPAT SETIAP BULAN

banner website

Hubungi Kami

Alamat: Aras 6, Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya, Jalan Pantai Baru, 50603, Kuala Lumpur 
Phone # : +603-79677357/7358/7360/2429
Fax #: +603-79677949
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. / Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.