Hari NBOS Malaysia

 

  website

Log Masuk

  • Register

NBOS DAY

NBOS merujuk kepada National Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Blue Ocean Strategy, yang diilhamkan oleh Profesor W. Chan Kim dan Profesor Renée Mauborgne, membekalkan satu cara yang kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah. Pendekatan baru ini telah diambil oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak untuk diadaptasi dan dilaksanakan oleh kerajaan.
Melalui NBOS, lebih 80 kementerian dan agensi berkolaborasi dalam merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif Strategi Lautan Biru yang kreatif dan bersifat transformatif kepada negara. Sebagai contoh, prasarana luar bandar dibina dengan lebih pantas, sukarelawan belia digerakkan untuk usaha-usaha pembangunan bangsa dan negara dan masyarakat bandar serta luar bandar mendapat manfaat daripada akses yang lebih luas kepada peluang ekonomi, sosial dan pendidikan.
NBOS kini merupakan titik fokus kepada usaha-usaha transformasi kerajaan dan berfungsi sebagai tunjang integrasi dan sintesis program-program lain seperti Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Kejayaan NBOS membantu merangsang pertumbuhan yang pesat dan mampan di Malaysia serta mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan harmoni.
Sehubungan dengan itu, Pihak NBOS telah membuat satu hari terbuka kepada rakyat Malaysia untuk memahami NBOS dengan lebih dekat,yang berlangsung di Pusat Konvesion Kuala Lumpur pada 23.5.2015 sehingga 24.5.2015, UCTC@UM telah dijemput untuk memeriahkan Hari NBOS dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (Kluster) dan universiti telah memeriahkan hari tersebut adalah UCTC UKM, UCTC UPM, UCTC UTM dan UCTC USM.
 
IMG 23861
 
 

Hubungi Kami

Alamat: Aras 6, Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya, Jalan Pantai Baru, 50603, Kuala Lumpur 
Phone # : +603-79677357/7358/7360/2429
Fax #: +603-79677949
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. / Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.