New Leaf Project

 

  website

Log Masuk

  • Register

Memperkasa Penduduk Miskin Bandar

new leafProgram Peningkatan Linus Murid-Murid Taman Medan Cahaya ataupun Program New Leaf (pucuk Baharu) adalah sebuah program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan merupakan program kerjasama antara Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, UMCARES Universiti Malaya, Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia (Projek IQRA’) dan Persatuan Penduduk Taman Medan Cahaya. Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan pengetahuan literasi dan numerasi murid yang lemah dalam penguasaan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik di samping membentuk sahsiah dan pembinaan karakter mereka. Selain itu, program ini juga merupakan salah satu program baktisiswa mahasiswa Universiti Malaya bersama dengan para penduduk di Taman Medan Cahaya. Program ini diketuai oleh Dr. Zuraidah Bt Abdullah, pensyarah kanan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan dibantu oleh dua orang koordinator dan 18 orang mahasiswa Universiti Malaya yang dikenali sebagai guru muda.

Objektif pelaksanaan Program New Leaf ini ialah:
  • Menjalankan kelas intensif Linus kepada murid yang lemah di Taman Medan Cahaya menggunakan Modul I-Sina.
  • Mengukuhkan pengetahuan asas anak-anak dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Melatih pembinaan karakter dan pembentukan sahsiah murid.
  • Menjalankan aktiviti baktisiswa bersama dengan penduduk Taman Medan Cahaya untuk menceriakan kawasan aktiviti pembelajaran murid-murid.

 

 

Hubungi Kami

Alamat: Aras 6, Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya, Jalan Pantai Baru, 50603, Kuala Lumpur 
Phone # : +603-79677357/7358/7360/2429
Fax #: +603-79677949
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. / Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.