Terms of Reference

 

  website

Log Masuk

  • Register

Terma Rujukan

PENGENALAN GERAN UMCARES

Geran UMCares adalah geran di bawah tadbir urus UMCares dan menggunakan peruntukan dari dana Research University. Geran ini bertujuan untuk membantu penyelidik Universiti Malaya untuk melibatkan diri atau memberikan perkhidmatan kepada komuniti. Geran ini membolehkan para penyelidik untuk memindahkan ilmu atau teknologi kepada komuniti. Matlamat utama geran ini di wujudkan adalah seperti berikut:
  1. Meningkatkan bilangan penyelidik utama (Principle Researcher) di Universiti Malaya
  2. Dapat menyumbang kepada prestasi MyRA (Malaysia Research Assessment)
  3. Menggalakan para sarjana Universiti Malaya untuk mendekatkan diri dengan komuniti
  4. Menggalakkan para sarjana Universiti Malaya menyelesaikan masalah dari komuniti mengikut kepakaran masing-masing.
  5. Menjadikan Universiti Malaya sebagai universiti yang terunggul dalam khidmat masyarakat.

KRITERIA PROJEK

Kriteria projek adalah berdasarkan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA). Universiti Malaya telah menguna pakai kriteria ini untuk menjalankan projek komuniti. Berikut adalah kretiria yang di tetapkan:
  1. Projek mestilah berasaskan kepakaran ketua projek dan ahli projek
  2. Projek hendaklah hasil dari penyelidikan
  3. Haruslah melibatkan pihak berkepentingan (stakeholder). Seperti PERKIM,DBKL dan lain-lain
  4. Impak yang tinggi
  5. Kos perbelanjaan yang rendah
  6. Projek yang mampan
  7. Perlaksanaan pantas

KLUSTER PROGRAM


Projek hendaklah mengikut kluster program yang telah ditetapkan :

  1. Pembangunan Alam Sekitar;
  2. Kesihatan;
  3. ICT dan Teknologi;
  4. Keusahawanan;
  5. Pendidikan;
  6. Sukan dan rekreasi;
  7. Kebajikan sosial
  8. Pemuliharaan warisan dan kebudayaan negara
  9. Pembangunan luar bandar

 

Untuk maklumat lanjut boleh muat turun TERMA DAN SYARAT. Sila klik DI SINI 

atau hubungi En Muhammad Asyraf di talian 03-79677360 atau emailkan kepada Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Hubungi Kami

Alamat: Aras 6, Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya, Jalan Pantai Baru, 50603, Kuala Lumpur 
Phone # : +603-79677357/7358/7360/2429
Fax #: +603-79677949
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. / Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.