Akan Datang

 

  website

Log Masuk

  • Register

Akan Datang

Majlis Anugerah Jalinan Masyarakat

 Majlis Anugerah Jalinan Masyrakat 2015
 
UMCares – Pusat kelastarian dan masyarakat telah mengadakan Majlis Anugerah Jalinan Masyarakat telah Berlangsung di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya pada 30 Mac 2016. Program ini jalankan adalah untuk memberi penghargaan kepada para penyelidik yang telah bertungkus lumus menjalankan aktiviti kemasyarakatan sepanjang tahun 2015 yang menggunakan peruntukan dana sebanyak RM 1,000,000 dari pada peruntukan dari Research University dan juga Knowledge Transfer Program (KTP) yang menggunakan peruntukan dari Kementerian Pedidikan Tinggi. Selain penyampaian hadiah dan sijil kepada pemengang geran, UMCares jugak telah melancarkan Geran Kelab Sahabat UM yang di peruntukkan sebanyak RM 111,000 kepada para penyelidik untuk menjalankan aktiviti di bersama sekolah angkat UM.

Majlis ini bermula pada 10.30 dengan ketibaan tetamu-tetamu yang diraikan yang terdiri daripada pemegang Geran Community Engagement (CE), Knowledge transfer program (KTP), wakil sekolah angkat Universiti Malaya, wakil industri dan juga wakil penyelidik dari Universiti Malaya. Pada 11.00 pagi, ketibaan dif-dif kehormat daripada, Dr Ab Wahab bin Che Mad, Setiausaha bahagian (Projek Khas) daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan juga Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dato’ Dr Mohd Amin Jalaludin. Ketibaan dif-dif kehormat di sambut dengan paluan kompang daripada salah sebuah sekolah angkat UM, SMK Damansara Utama. Program di mulakan dengan bacaan doa daripada En. Muhammad Khairul Anuar Senin dan ikuti dengan ucapan dari pada pengarah UMCares, Prof. Dr. Norzulaani Khalid. Seterusnya ucapan daripada YBhg Naib Canselor Universiti Malaya dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Bagi penerima Anugerah Projek Paling Aktif adalah Dr Nazean Jomhari bagi Geran Community Engagement yang bertajuk Bengkel Siri Quranis untuk Anak Autism bagi Ibubapa Berpendapatan Rendah. Bagi kategori ini penerima dinilai dari segi penglibatan yang aktif dari segi penyertaan dalam pameran-pameran anjuran kerajaan dan badan-badan berkanun yang lain, selain memberikan komitmen kepada penulisan artikel dan juga program-program lain anjuran UMCares. Bagi kategori Geran Community Engagement terbaik, terdapat tiga pemenang yang diraikan iaitu Dr.  Nik Daliana Binti Nik Farid bagi Program Kesihatan Seksual dan Sistem Reproduktif untuk Remaja, Dr. Norliyana Shuib bagi Program Workshop Pembangunan Laman Web & Photo Editing untuk Rumah Anak-anak Yatim dan Dr. Nurshuhada Zainon bagi Program Malaysia Ends Dengue. Bagi anugerah terakhir adalah Anugerah Pemegang Geran KTP terbaik yang telah dimenangi oleh Dr. Bushroa Abdul Razak bagi Geran KTP bertajuk: An Energy Star Physical Vapor Deposition (PVD) Machine.

Setelah memberi penghargaan kepada kesemua penerima Anugerah, Prof. Dato’ Mohd Amin Jalaludin telah merasmikan UM Tropical Camp, Geran kelab Sahabat dan juga melancarkan video korporat UMCares dengan menandatangani plak yang telah disediakan oleh pihak UMCares sebagai simbolik perasmian UM Tropical Camp. Setelah selesai menandatangai plak tersebut, tayangan Video Korperat UMCares kepda hadirin yang hadir di majlis ini. Dengan tayangan video korporat UMCares dapat sedikit sebanyak mencuit naluri para pensyarah mahupun kakitangan dan pelajar di Universiti Malaya ini untuk terus bergiat aktif dalam memberi sumbangan kepada masyarakat kita.

Majlis ini di akhir dengan jamuan makan yang diiringi dengan persembahan caklempong yang terdiri daripda adik-adik dari Sekolah Menengah Damansara Utama. Setalah selesai sesi jamuan makan, para hadirin di jemput untuk sesi bergambar dan majlis ini tamat pada jam 2 petang. Majlis ini berjalan dengan lancar dan tiada masalah yang tidak diingini berlaku dan Majlis ini akan diadakan lagi bagi memberikan penghargaan kepada pemegang Geran Community Engagement 2016 kelak.
 
1235460 10153890201730255 5579410604460096204 n10433108 10153890201930255 8810591222018489599 n12294704 10153890205245255 8860881462916666130 n12321394 10153890202225255 1396934592358802629 n12512725 10153890202800255 5739684952497398852 n12512777 10153890202340255 8488625714941240260 n12924549 10153890202535255 7346909820111518895 n

Hubungi Kami

Alamat: Aras 6, Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya, Jalan Pantai Baru, 50603, Kuala Lumpur 
Phone # : +603-79677357/7358/7360/2429
Fax #: +603-79677949
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. / Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.