Artikel Pilihan

 

  website

Log Masuk

  • Register

Artikel Pilihan

Taman Komuniti Alam Sekitar

IMAG2901 
Salam Sejahtera kepada semua warga UM
 
Pada hari Khamis, 30/4/2015, Kelab UMCares Kolej Kediaman Keempat telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori pembentangan lisan di Konvensyen Kampus Lestari IPT 2015 di Universiti Kebangsaan Malaysia.
 
Pembentangan bertajuk Community Environment Park in KK4 disampaikan oleh 2 pelajar KK4 iaitu Ahmad Fitri bin Ahmad Daud & Anas Syafiq bin Ahmad Jafri dan diselia oleh 2 felo iaitu En. Amirul Mohamad Khairi bin Mannan & En. Shahril Efzueni Rozali. Konsep yang diketengahkan ialah menjadikan Kolej Kediaman Keempat sebuah model kolej lestari yang terdiri dari beberapa komponen iaitu Hutan Komuniti Bestari, Kolam Ikan, Zon herba & buah, Zon bunga, Zon medan selera mesra alam, laluan berbasikal dan Zon mesra monyet.
 
Untuk sesi ini, Hutan Komuniti Bestari telah dibangunkan. Adalah diharapkan penyertaan konvensyen seperti ini oleh penghuni kolej kediaman dapat diteruskan bersesuaian dengan konsep kolej kediaman sebagai tempat pembelajaran kedua.
 
Terima kasih
 
 
En.Amirul Mohamad Khairi bin Mannan
Felo Penasihat
Kelab UMCares KK4

Hubungi Kami

Alamat: Aras 6, Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya, Jalan Pantai Baru, 50603, Kuala Lumpur 
Phone # : +603-79677357/7358/7360/2429
Fax #: +603-79677949
Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. / Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.