Coming Soon

 

  website

Login

  • Register

Coming Soon

LAPORAN MAJLIS PERASMIAN MARKET UCTC

Pasar UCTC adalah pasar jualan produk hasil inisiatif universiti kepada masyarakat. Program ini telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Seri KSU II pada 25 April 2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini bertujuan menangani peningkatan kos sara hidup dan menyediakan platform kepada para mahasiswa dan fakulti bagi memasarkan produk masing - masing untuk faedah masyarakat. Selaras dengan Inisiatif NBOS – 10, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut menyertai pasar UCTC ini.

Sehubungan dengan itu, pihak UCTC@UM telah membuat satu perbincangan bersama dengan pihak FAMA untuk merialisasikan rancangan dari pihak NBOS. Pihak UCTC@UM juga telah menjemput pihak NBOS, MyAgrosis dan pihak UMEC untuk bekerjasama menjayakan projek ini.

Pada 9 Mei 2015, Market UCTC telah berlangsung di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya dan telah dirasmikan oleh Dr Abdul Wahab Che Mat, SuB projek khas (NBOS) bersama Prof Dr Norzulaani Khalid, Pengarah UMCares yang diiringi oleh En Salehuddin B Md Dahlan, Pegawai Khas dari unit NBOS dan juga En Shahlan Bin Kusaseh, Pegawai Khas dari FAMA. Sebelum sesi memotong reben di hadapan kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya, semua tetamu telah di bawa untuk melihat pameran arnab sekaligus merasmikan program tersebut.

Sebanyak lima buah Caravan dari Fama telah hadir untuk memeriahkan program ini dan empat penjual dari komuniti UM dan Pelajar UM turut serta dalam program ini. Program ini bermula jam 8 pagi dan tamat pada 5 petang dan majlis perasmian berlangsung pada jam 1030 pagi. Tiada sebarang pekara yang tidak diingini akan tetapi program ini akan diubah suai untuk penambah baikkan dari semasa ke semasa.
IMG 7007IMG 7015IMG 7023
IMG 6986

Contact Us

Address: Level 6, Research Management Innovation Complex (RMIC), University Malaya, Jalan Pantai Baru, 50603, Kuala Lumpur 
Phone # : +603-79677357/7358/7360/2429
Fax #: +603-79677949
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.