Coming Soon

 

  website

Login

  • Register

Coming Soon

Larian Spektra mewarnai Universiti Malaya

Peserta bergambar riang selepas menamatkan larianKolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB), Universiti Malaya (UM) telah mengadakan sebuah
program larian amal iaitu Larian Spektra pada 26 April 2015, bertempat di Dataran Dewan
Tunku Canselor, UM. Program larian ini adalah unik di mana setiap peserta akan dibaling
dengan serbuk warna yang berlainan pada setiap ‘checkpoint’ di setiap 1 kilometer. Pada garis
akhir larian sejauh 5km ini para peserta akan diberikan medal yang berwarna-warni, sijil
penyertaan, ‘goodie bag’, serta sepaket kecil serbuk warna yang akan digunakan pada acara
membaling warna yang akan dimaklumkan oleh pengacara majlis.
 
Program larian ini menyaksikan seramai hampir 4,000 orang peserta mengambil bahagian,
menjadikan program ini acara larian terbesar yang dianjurkan di dalam kampus UM setakat ini.
Program ini dianjurkan secara bersama dengan UNITAR International University, dan
memperlihatkan kerjasama yang baik di antara IPTA dan IPTS dalam menjalankan program
pembangunan sahsiah mahasiswa dan jalinan masyarakat.
 
Mahasiswa KKTB dengan penuh rasa prihatin telah memilih untuk membantu menyuburkan
gaya hidup sihat di dalam masyarakat dengan menjadikan aktiviti larian dilaksanakan dalam
suasana yang santai dan ceria. Usaha ini juga dilihat selari dengan usaha kerajaan
membanteras masalah obesiti yang melanda masyarakat Malaysia dewasa ini.
 
 
Program larian ini telah mendapat sokongan pelbagai agensi, antaranya 100 Plus (F&N
Malaysia), KULBake, Running Malaysia Magazine, MYLAPS, Celebrity Fitness, Kao Malaysia,
Mentholatum, dan Kiehl’s. Medal untuk para peserta pula disediakan oleh Medal Depot, sebuah
syarikat terulung dalam menghasilkan medal yang bermutu tinggi.
 
 
Para peserta telah dilepaskan tepat pada jam 7.30 pagi oleh Naib Canselor UM, Prof. Dato’ Dr.
Mohd Amin Jalaludin; yang menyokong kuat pelaksanaan program sebegini kerana mampu
mengenengahkan UM sebagai sebuah IPTA yang maju ke hadapan dalam apa jua isu
masyarakat setempat. Prof. Amin juga turut sudi menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada
pemenang.
Pengetua KKTB, Dr. Nahrizul Adib Kadri yang juga aktif dalam sukan larian berkata, “Larian
Spektra bakal menjadikan kampus UM sebagai salah sebuah destinasi baru yang menarik untuk
para pelari di ibu kota Kuala Lumpur, memandangkan lokasinya yang hijau, tenang, dan selamat
adalah amat dicari-cari oleh semua pelari.
 
 
“Kesemua keuntungan daripada acara larian ini bakal disalurkan kepada badan-badan kebajikan
yang telah dikenalpasti, termasuklah National Kidney Foundation (NKF),” jelasnya lagi.
 
Untuk sebarang maklumat tambahan, bolehlah menghubungi Ho Jun Yung (014-386 1136), atau
Antara peserta yang gembira berlumuran warna

Contact Us

Address: Level 6, Research Management Innovation Complex (RMIC), University Malaya, Jalan Pantai Baru, 50603, Kuala Lumpur 
Phone # : +603-79677357/7358/7360/2429
Fax #: +603-79677949
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.