Coming Soon

 

  website

Login

  • Register

Coming Soon

Program Kaseh4u

Kaseh4uMenelusuri jerih gelandangan ibu kota Mahasiswa Universiti Malaya bersama membantu golongan yang memerlukan
 
 
 
 
 
Pada 21 April 2015, sekumpulan 40 orang mahasiswa Universiti Malaya (UM) dari Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB) telah menganjurkan sebuah program yang dinamai KASEH4U 3.0, bertempat di persiaran pejalan kaki Jalan Tuanku Abdul Rahman, berdekatan Tune Hotel. Program ini secara langsung mempunyai dua objektif utama, iaitu pendedahan kepada mahasiswa UM mengenai isu warga gelandangan di ibu kota; dan usaha mengenengahkan warga ini kepada ahli masyarakat yang lain agar usaha membantu mereka dapat dilaksanakan secara kolektif dan berkesan.
 
Sebagai menyahut cabaran bagi merealisasikan nilai teras UM untuk melaksanakan tanggungjawab sosialnya, mahasiswa UM dari KKTB dengan penuh rasa prihatin telah memilih untuk mendekati dan menelusuri kepayahan hidup warga ibu kota yang seringkali terpinggir ini. Sejak bulan Ogos 2014, dengan kerjasama sebuah NGO yang dinamai Kaseh4U di bawah kendalian kaunselor bertauliah, Puan Normaliza Mahadi; usaha pengagihan makanan dan minuman kepada hampir 450 orang gelandangan telah dilaksanakan saban minggu.
 
Dengan semangat sukarelawan yang tinggi, kumpulan mahasiswa ini telah turut berjaya mengendalikan keseluruhan proses pelaksanaan pengagihan makanan tanpa bantuan sukarelawan luar sebanyak dua kali sebelum ini, iaitu pada 25 November 2014, dan 17 Mac 2015. Keseluruhan kos penyediaan, penghantaran, dan pengagihan makanan telah didapati melalui jualan makanan dan pencarian dana oleh kesemua sukarelawan dengan semangat kerjasama yang tinggi. Program kali ketiga ini turut disertai oleh sukarelawan dari Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya, di bawah naungan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UM.
 
“Adalah diharapkan dengan publisiti pihak media, usaha yang kecil dari mahasiswa KKTB ini mampu menjadi contoh kepada mahasiswa lain dalam usaha mereka untuk menjadi sebahagian dari ahli masyarakat yang bertanggungjawab kelak; dan memberi impak yang sepatutnya kepada golongan sasaran yang dipilih,” jelas Pengetua KKTB, Dr. Nahrizul Adib Kadri.
 
Untuk sebarang maklumat lanjut, atau jika ingin menyertai program ini pada setiap hari Selasa, sila hubungi Eizatul Ayuni Md Ghazali (017-295 3369) atau Dr. Nahrizul Adib Kadri (014-715 1145).

Contact Us

Address: Level 6, Research Management Innovation Complex (RMIC), University Malaya, Jalan Pantai Baru, 50603, Kuala Lumpur 
Phone # : +603-79677357/7358/7360/2429
Fax #: +603-79677949
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.