Coming Soon

 main page 1

Login

  • Register

Coming Soon

Persidangan Akademia-Komuniti Universiti Malaya 2018

PERSIDANGAN AKADEMIA-KOMUNITI UNIVERSITI MALAYA 2018

e-Banner PAKUM FB Cover Size

 

PENGENALAN
Persidangan ini memberi pendedahan kepada masyarakat kampus dan pihak luar mengenai projek jalinan masyarakat di bawah tadbir urus UMCares melalui pembentangan lisan dan juga poster. Projek ini akan dinilai oleh panel-panel yang berpengalaman dalam bidang  jalinan masyarakat. 
Ketua projek  berpeluang untuk mengetengahkan projek mereka kepada pihak luar yang berpotensi untuk menyumbang dana pada masa akan datang. Persidangan ini juga bertujuan untuk mencetus idea kepada pensyarah lain untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Disamping itu, UMCares ingin memperkenalkan startegi kearah penyelidikan bersama komuniti. 

OBJEKTIF PROGRAM

  • Menilai impak projek komuniti mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MyRA, UCTC dan juga UMCares.
  •  Memberi pendedahan kepada peserta mengenai projek komuniti yang telah dijalankan oleh akademia Univerisiti Malaya.
  •  Membuka minda dan memberi alternatif lain kepada warga akademia untuk menjalankan penyelidikan bersama komuniti.

TERMA DAN SYARAT
1.      Borang Pendaftaran persidangan ini hanya untuk kegunaan individu sahaja.
2.      Pemegang Geran UMCares tidak perlu membayar yuran persidangan.
3.      Yuran perlu dibayar oleh ketua projek untuk ahli / pembantu projek ke persidangan.
4.      Bayaran yuran persidangan termasuk penginapan para peserta dan juga makan dan minum sepanjang persidangan berlangsung.
5.      Ketua projek wajib menghadiri persidangan ini.
6.      Sekiranya peserta tidak memerlukan penginapan, yuran bayaran masih lagi sama bagi ketua projek.
7.      Ahli / pembantu projek dibenarkan memilh untuk menghadiri persidangan satu atau dua hari.
SYARAT PENGHANTARAN ABSTRAK PROJEK

1.      Kesemua ketua projek wajib menghantar abstrak projek kepada UMCares selewat-lewatnya 30 November 2018
2.      Abstrak hendaklah mengandungi 500 – 600 patah perkataan.
3.      Kesemua abstrak haruslah ditulis dalam Bahasa Inggeris.
4.      Abstrak projek hendaklah mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut.

          1. Keterangan masalah yang dihadapi oleh komuniti.

          2. Keterangan modul/teknologi yang digunakan semasa projek dan juga keunikan modul/teknologi tersebut.

          3. Cabaran dalam menangani keterusan amalan baik bersama pihak berkepentingan.

          4. Ringkasan faedah / impak projek kepada komuniti dan cara impak tersebut boleh dinilai

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN POSTER

1.      Terbuka kepada 20 penyertaan terawal.
2.      Pertandingan poster terhad kepada satu poster bagi setiap projek.
3.      Pemegang geran tidak diwajibkan untuk menyertai pertandingan poster.
4.      Poster hendaklah menggunakan templat yang telah disediakan oleh pihak UMCares.
5.      Poster haruslah berukuran A1 (594 x 841 mm).
6.      Poster hendaklah mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut.

         1. Maklumat Projek

         2. Pengenalan projek / Masalah yang dihadapi.

         3. Modul yang digunapakai semasa menjalankan projek.

         4. Impak kepada komuniti beserta publisiti (sekiranya ada).
          5. Garis masa projek (timeline).
          6. Gambar-gambar projek.
          7. Pihak yang berkepentingan / stakeholder.
7.      Sila serahkan poster anda kepada pihak UMCares selewat-lewatnya 7 Disember 2018 sebelum jam 5 petang.

BAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI
Bayaran secara Individu / bukan warga UM: Universiti Malaya CIMB : 8001279998
Pemindahan dalaman Universiti Malaya (PTj/Geran) UM.0000093/KWJ.AK (Tabung Amanah UMCares)
KADAR BAYARAN PERSIDANGAN (2 HARI 1 MALAM) KADAR BAYARAN PERSIDANGAN ( 1 HARI)
Ketua Projek / Pembentang
*Pembayaran yuran telah dibuat menggunakan geran UMCares
RM 850 Tambahan ahli projek
*boleh menggunakan geran UMCares
RM 400
Tambahan ahli projek 
*boleh menggunakan geran UMCares
RM 650 Warga Universiti Malaya
* termasuk penyelidik, staf dan pelajar
RM 500
Warga Universiti Malaya
* termasuk penyelidik, staf dan pelajar
RM 900 Orang Awam
*bukan warga Universiti Malaya
RM 600

Orang Awam
*bukan warga Universiti Malaya
RM 1000

 
TARIKH TUTUP PENYERTAAN 30 NOVEMBER 2018
TARIKH PENGHANTARAN POSTER 7 DISEMBER 2018

 

Jika berminat untuk menghadiri persidangan ini, sila muat turun borang pendaftaran DI SINI

Contact Us

Address: Level 6, Research Management Innovation Complex (RMIC), University Malaya, Jalan Pantai Baru, 50603, Kuala Lumpur 
Phone # : +603-79677357/7358/7360/2429
Fax #: +603-79677949
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.